CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 17, 2008

GENDER DAN PENDIDIKAN




Pendidikan adalah salah satu aspek penting dalam pembangunan sumber manusia. Kemajuan dalam teknologi computer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan yang revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara mendalam dan menyeluruh. Contonya seperti email, world wide web, teknologi digital, internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif alat bantu pendidikan bestari.

Pelbagai penggunaan ICT dalam pendidikan seperti membuat presentation di dalam kelas, demonstation, drill and practice, interaction, collaboration dan pelbagai lagi.
Selain itu, televisyen dan radio turut memainkan peranan tersendiri dalam dunia pendidikan kini iaitu menyediakan pelbagai program pendidikan untuk menambah pengetahuan. Penggunaan ICT mempunyai potensi tersendiri dalam dunia pendidikan iaitu ia mampu menyediakan individu kepada dunia pekerjaan, meningkatkan mutu pendidikan serta mengubah suasana pendidikan agar menjadi lebih selesa lagi.

Namun dewasa kini, telah berlaku kekurangan pelajar lelaki di IPTA dan menjadi semakin serius dari semasa ke semasa. Sesi 2008/2009 baru-baru ini menunjukkan jumlah 64.5% terdiri daripada pelajar perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan besar yang mengakibatkan penyertaan golongan itu dalam profesion tidak menyerlah seperti bidang pekerjaan dan struktur pentadbiran wanita yang pegang kini. Ini mungkin juga disebabkan teknologi semakin tinggi dalam pendidikan menyebabkan lelaki kurang mahu belajar tinggi kerana mereka lebih minat kepada teknikal seperti kejuruteraan.

Sungguhpun begitu ada kajian menyatakan bahawa golongan wanita kurang berminat dalam bidang sains dan teknologi. Ini disebabkan sifat semulajadi wanita yang lebih rajin daripada lelaki. Misalnya apabila membuat tugasan wanita ada yang membuat rujukan tambahan seperti di perpustakaan, membuat perbincangan, membaca buku dan sebagainya. Manakala lelaki pula lebih gemar hanya mencari maklumat di internet sahaja.

Ada kajian menyatakan masih terdapat diskriminasi pendidikan terhadap gender. Menurut Tabung Kecemasan Kanak-kanak antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu melalui kaji selidik yang dilakukan di seluruh dunia 65 juta kanak-kanak perempuan tidak pernah pergi sekolah atau meninggalkan sekolah lebih awal kerana kemiskinan dan terpaksa membantu keluarga.

Kesimpulannya pencapaian pendidikan mengikut gender memainkan peranan penting dalam agihan pekerjaan dalam pasaran buruh kini. Kajian menunjukkan bahawa graduan perempuan bagi ijazah pertama tinggi dalam bidang sastera dan kemanusiaan, ekonomi, perniagaan dan pengurusan, sains gunaan, pembuatan dan pendidikan. Graduan lelaki pula lebih tinggi dalam bidang undang-undang sivil, pertanian, kejuruteraan, seni bina, perancangan Bandar dan wilayah, bidang ukur atau ukur bahan atau pengurusan harta benda.

0 comments: