FAKTA: Pembedahan kosmetik
Pembedahan kosmetik yang pertama direkodkan adalah pada 600 sebelum masehi di India. Teknik pembedahan itu dibangunkan dengan mengambil sedikit bahagian dahi untuk menstrukturkan semula hidung seorang wanita yang rosak akibat didenda kerana menolak perkahwinan yang diaturkan.
INFO: Saline Breast Implants
• Penanaman payudara saline (saline breast implant) adalah satu-satunya jenis breast implant di Amerika Syarikat yang mendapat kelulusan Food and Drug Administration (FDA). Ia didatangkan dengan pelbagai bentuk, saiz dan tekstur, tetapi secara asasnya ia berkongsi komposisi yang sama, silikon yang mengandungi cecair campuran pepejal larut.
Saline Breast Implants semakin popular selepas FDA mengharamkan penanaman silikon (silicone implants). Tidak seperti penananam silikon, jika penanaman saline itu pecah, tubuh dengan mudah menyerapnya.
Silicone Breast Implants
• Penanaman silikon menjadi kontroversi sejak bertahun-tahun lamanya. Pada 1992, FDA mengharamkan penggunaannya dalam pembedahan kosmetik berdasarkan kemungkinan komplikasi terjadi jika jel silikon bocor ke dalam bahagian lain tubuh. Sejak itu ia digantikan dengan penanaman payu dara saline sehinggalah selepas kajian dibuat, baru-baru ini, FDA menarik balik larangan penggunaan silikon dalam pembedahan kosmetik.
Soybean Breast Implants
• Penanaman payu dara berasaskan kacang soya tidak diluluskan FDA bagi penggunaan di Amerika walaupun ia sudah melalui pelbagai peringkat kajian. Kajian itu dikatakan bersaiz kecil dan hanya sedikit saja wanita yang menjadi responden. Bagaimanapun, ia sangat popular di Eropah dan Kanada.
Ia dibangunkan pada 1980 sebagai cubaan saintis Amerika Syarikat untuk membangunkan teknik pembedahan kosmetik yang lebih selamat dan realistik.
Persepsi masyarakat malaysia
Di malaysia, pembedahan plastik yang dibuat bagi mengubah jantina daripada lelaki kepada perempuan sememangnya tidak dibenarkan sama sekali. Ini disebabkan budaya dan negara malaysia sendiri tidak mengizinkannya. Budaya islam dan ketimuran masih menebal di negara ini antara penyebab terhalangnya perkembangan pembedahan plastik tersebut. Negara ini tidak sepetri di barat(khususnya dia Amerika syarikat) yang sememangnya tidak menghalang kebebasan setiap manusia untuk berubah menjadi seseorang yang lain. Di sana,rakyat mereka bebas untuk mengubah jantina mereka dengan sesuka hati mereka. Malah,di sana juga dibenarkan perkahwinan sesama jantina.
Inilah yang membezakannya. Budaya sememangnya memainkan peranan dalam perkembangan sesuatu perkara. Perkembangan pembedahan plastik tidak berlaku dengan pesat di negara ini walaupun sememangnya kita terdengar bahawa terdapat segelintir masyarakat yang tidak menghiraukan larangan tersebut lalu melakukan pembedahan tersebut. Di bawah ini antara pandangan-pandangan yang dikeutarakan sesetengah pihak.
Pandangan islam
Pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal.
Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa• yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.
Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak• bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.
Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak• memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.
Persoalan yang ingin ditimbulkan???
Sejauhmanakah pembedahan plastic ini dapat siaplikasikan dalam kehidupan pada masyarakat moden pada masa ini?? Kita perlu ketahui bahawa pembedahan plastic banyak memberikan manfaat yang banyak kepada masyarakat dunia. Namun, penyalahgunaan pembedahan plastic itu yang diketahui kadang kala dapat memudaratkan kesihatan masih diteruskan.
Ramai orang kata ,setiap manusia mempunyai hak masing-masing dalam menentukan kehidupan mereka. Mereka bebas membuat sesuka hati mereka tidak kira perkara tersebut baik atau tidak. Termasuk lahjuga pembedahan plastic ini,masing-masing ada hak terhadap penggunaannya.
Namun,kita harus ingat penyalahgunaan pembedahan ini, di mana terdapat banyak kes yang memudaratkan kesihatan perlu diberitahu kepada masyarakat tentang risikonya kepada kesihatan diri. Mungkin, masyarakat sendiri harus bijak dalam menentukan baik-buruk sesuatu perkara tersebut. Namun,masyarakat yang luas ini tidak mungkin akan mengetahui segala baik dan buruk yang ada di dunia ini.
Justeru itu, apakah kaedah yang terbaik yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi menentukan perkara terbaik dalam penggunaan pembedahan plastic ini???
Sesetengah Negara (khususnya Negara Islam),melarang dan mengharamkan pembedahan plastic bagi tujuan kosmetik kerana menganggap perkara tersebut akan memudaratkan kesihatan. Malah,sesetengah orang menganggap perbuatan artis-artis yang mengubah bentuk badan mereka mengunakan pembedahan plastic merupakan pengaruh buruk terhadap masyarakat. Budaya dan pendidikan terhadap sesuatu kelompo k masyarakat antara perkra utama dalam menentukan kebebasan penggunaan pembedahan plastic ini.
Kesimpulannya,masyarakat harus bijak menentukan baik dan buruknya pembedahan plastic ini bagi diri mereka. Bagi mereka yang masih tidak berpuas hati dengan rupa paras dan bentuk badan masing-masing, kaedah pembedahan plastik mungkin bukan 1 jalan yang terbaik. Mungkin dari 1 sudut, kita harus menerima keadaan yang ada ini dan teruskan hidup dengan sebaiknya.
Tuesday, October 14, 2008
Pembedahan Plastik
Posted by Bikini Vs Swimtrunk Weblog at 7:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment