FAKTA: Pembedahan kosmetik
Pembedahan kosmetik yang pertama direkodkan adalah pada 600 sebelum masehi di India. Teknik pembedahan itu dibangunkan dengan mengambil sedikit bahagian dahi untuk menstrukturkan semula hidung seorang wanita yang rosak akibat didenda kerana menolak perkahwinan yang diaturkan.
INFO: Saline Breast Implants
• Penanaman payudara saline (saline breast implant) adalah satu-satunya jenis breast implant di Amerika Syarikat yang mendapat kelulusan Food and Drug Administration (FDA). Ia didatangkan dengan pelbagai bentuk, saiz dan tekstur, tetapi secara asasnya ia berkongsi komposisi yang sama, silikon yang mengandungi cecair campuran pepejal larut.
Saline Breast Implants semakin popular selepas FDA mengharamkan penanaman silikon (silicone implants). Tidak seperti penananam silikon, jika penanaman saline itu pecah, tubuh dengan mudah menyerapnya.
Silicone Breast Implants
• Penanaman silikon menjadi kontroversi sejak bertahun-tahun lamanya. Pada 1992, FDA mengharamkan penggunaannya dalam pembedahan kosmetik berdasarkan kemungkinan komplikasi terjadi jika jel silikon bocor ke dalam bahagian lain tubuh. Sejak itu ia digantikan dengan penanaman payu dara saline sehinggalah selepas kajian dibuat, baru-baru ini, FDA menarik balik larangan penggunaan silikon dalam pembedahan kosmetik.
Soybean Breast Implants
• Penanaman payu dara berasaskan kacang soya tidak diluluskan FDA bagi penggunaan di Amerika walaupun ia sudah melalui pelbagai peringkat kajian. Kajian itu dikatakan bersaiz kecil dan hanya sedikit saja wanita yang menjadi responden. Bagaimanapun, ia sangat popular di Eropah dan Kanada.
Ia dibangunkan pada 1980 sebagai cubaan saintis Amerika Syarikat untuk membangunkan teknik pembedahan kosmetik yang lebih selamat dan realistik.
Persepsi masyarakat malaysia
Di malaysia, pembedahan plastik yang dibuat bagi mengubah jantina daripada lelaki kepada perempuan sememangnya tidak dibenarkan sama sekali. Ini disebabkan budaya dan negara malaysia sendiri tidak mengizinkannya. Budaya islam dan ketimuran masih menebal di negara ini antara penyebab terhalangnya perkembangan pembedahan plastik tersebut. Negara ini tidak sepetri di barat(khususnya dia Amerika syarikat) yang sememangnya tidak menghalang kebebasan setiap manusia untuk berubah menjadi seseorang yang lain. Di sana,rakyat mereka bebas untuk mengubah jantina mereka dengan sesuka hati mereka. Malah,di sana juga dibenarkan perkahwinan sesama jantina.
Inilah yang membezakannya. Budaya sememangnya memainkan peranan dalam perkembangan sesuatu perkara. Perkembangan pembedahan plastik tidak berlaku dengan pesat di negara ini walaupun sememangnya kita terdengar bahawa terdapat segelintir masyarakat yang tidak menghiraukan larangan tersebut lalu melakukan pembedahan tersebut. Di bawah ini antara pandangan-pandangan yang dikeutarakan sesetengah pihak.
Pandangan islam
Pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal.
Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa• yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.
Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak• bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.
Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak• memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.
Persoalan yang ingin ditimbulkan???
Sejauhmanakah pembedahan plastic ini dapat siaplikasikan dalam kehidupan pada masyarakat moden pada masa ini?? Kita perlu ketahui bahawa pembedahan plastic banyak memberikan manfaat yang banyak kepada masyarakat dunia. Namun, penyalahgunaan pembedahan plastic itu yang diketahui kadang kala dapat memudaratkan kesihatan masih diteruskan.
Ramai orang kata ,setiap manusia mempunyai hak masing-masing dalam menentukan kehidupan mereka. Mereka bebas membuat sesuka hati mereka tidak kira perkara tersebut baik atau tidak. Termasuk lahjuga pembedahan plastic ini,masing-masing ada hak terhadap penggunaannya.
Namun,kita harus ingat penyalahgunaan pembedahan ini, di mana terdapat banyak kes yang memudaratkan kesihatan perlu diberitahu kepada masyarakat tentang risikonya kepada kesihatan diri. Mungkin, masyarakat sendiri harus bijak dalam menentukan baik-buruk sesuatu perkara tersebut. Namun,masyarakat yang luas ini tidak mungkin akan mengetahui segala baik dan buruk yang ada di dunia ini.
Justeru itu, apakah kaedah yang terbaik yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi menentukan perkara terbaik dalam penggunaan pembedahan plastic ini???
Sesetengah Negara (khususnya Negara Islam),melarang dan mengharamkan pembedahan plastic bagi tujuan kosmetik kerana menganggap perkara tersebut akan memudaratkan kesihatan. Malah,sesetengah orang menganggap perbuatan artis-artis yang mengubah bentuk badan mereka mengunakan pembedahan plastic merupakan pengaruh buruk terhadap masyarakat. Budaya dan pendidikan terhadap sesuatu kelompo k masyarakat antara perkra utama dalam menentukan kebebasan penggunaan pembedahan plastic ini.
Kesimpulannya,masyarakat harus bijak menentukan baik dan buruknya pembedahan plastic ini bagi diri mereka. Bagi mereka yang masih tidak berpuas hati dengan rupa paras dan bentuk badan masing-masing, kaedah pembedahan plastik mungkin bukan 1 jalan yang terbaik. Mungkin dari 1 sudut, kita harus menerima keadaan yang ada ini dan teruskan hidup dengan sebaiknya.
Tuesday, October 14, 2008
Pembedahan Plastik
Posted by Bikini Vs Swimtrunk Weblog at 7:32 AM 0 comments
Wednesday, September 17, 2008
GENDER DAN PENDIDIKAN
Pendidikan adalah salah satu aspek penting dalam pembangunan sumber manusia. Kemajuan dalam teknologi computer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan yang revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara mendalam dan menyeluruh. Contonya seperti email, world wide web, teknologi digital, internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif alat bantu pendidikan bestari.
Pelbagai penggunaan ICT dalam pendidikan seperti membuat presentation di dalam kelas, demonstation, drill and practice, interaction, collaboration dan pelbagai lagi.
Selain itu, televisyen dan radio turut memainkan peranan tersendiri dalam dunia pendidikan kini iaitu menyediakan pelbagai program pendidikan untuk menambah pengetahuan. Penggunaan ICT mempunyai potensi tersendiri dalam dunia pendidikan iaitu ia mampu menyediakan individu kepada dunia pekerjaan, meningkatkan mutu pendidikan serta mengubah suasana pendidikan agar menjadi lebih selesa lagi.
Namun dewasa kini, telah berlaku kekurangan pelajar lelaki di IPTA dan menjadi semakin serius dari semasa ke semasa. Sesi 2008/2009 baru-baru ini menunjukkan jumlah 64.5% terdiri daripada pelajar perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan besar yang mengakibatkan penyertaan golongan itu dalam profesion tidak menyerlah seperti bidang pekerjaan dan struktur pentadbiran wanita yang pegang kini. Ini mungkin juga disebabkan teknologi semakin tinggi dalam pendidikan menyebabkan lelaki kurang mahu belajar tinggi kerana mereka lebih minat kepada teknikal seperti kejuruteraan.
Sungguhpun begitu ada kajian menyatakan bahawa golongan wanita kurang berminat dalam bidang sains dan teknologi. Ini disebabkan sifat semulajadi wanita yang lebih rajin daripada lelaki. Misalnya apabila membuat tugasan wanita ada yang membuat rujukan tambahan seperti di perpustakaan, membuat perbincangan, membaca buku dan sebagainya. Manakala lelaki pula lebih gemar hanya mencari maklumat di internet sahaja.
Ada kajian menyatakan masih terdapat diskriminasi pendidikan terhadap gender. Menurut Tabung Kecemasan Kanak-kanak antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu melalui kaji selidik yang dilakukan di seluruh dunia 65 juta kanak-kanak perempuan tidak pernah pergi sekolah atau meninggalkan sekolah lebih awal kerana kemiskinan dan terpaksa membantu keluarga.
Kesimpulannya pencapaian pendidikan mengikut gender memainkan peranan penting dalam agihan pekerjaan dalam pasaran buruh kini. Kajian menunjukkan bahawa graduan perempuan bagi ijazah pertama tinggi dalam bidang sastera dan kemanusiaan, ekonomi, perniagaan dan pengurusan, sains gunaan, pembuatan dan pendidikan. Graduan lelaki pula lebih tinggi dalam bidang undang-undang sivil, pertanian, kejuruteraan, seni bina, perancangan Bandar dan wilayah, bidang ukur atau ukur bahan atau pengurusan harta benda.
Posted by Bikini Vs Swimtrunk Weblog at 10:36 AM 0 comments
Tuesday, September 9, 2008
Teknologi, Maskuline Dan Feminine
Gender and sexuality have alikeness in biological basis to sex, and both of them are
social construction, yet they are different because of being established by different
social bases. Gender is also a cultural construction that is open in nature for all of
changes. Therefore, the two concepts are frequently misunderstood as if they were the
same. The misunderstanding is easily comprehendible, due to discoursing on the two
concepts that are really similar to each other have just reverberated in the decade of
90s. Moreover, in the beginning there have not been many social scientists yet that
specially examine themes related to gender and sex problems. Even though the
writing is very simple and strive to contribute to inceptive exploration on gender and
sex concepts in its relatedness to application of Web‐site, as a socialization medium.
Maskulin, Feminin, Androgin, dan Homoseksual
Maskulin dan feminine bersifat abstrak dan digambarkan dari segi kemampuan atau sifat manusia. Sehingga hal ini menyebabkan feminine digambarkan sebagai sifat ‐sifat perempuan, misalnya kepekaan perasaan, kesabaran, kelembutan, irrasional, kesetian, sifat mengalah, dan lemah. Sedangkan maskulin digambarkan dengan sifat keberanian, agresif, sifat dominan, rasionalisasi, ketidaksetiaan, dan kekuataan. Tetapi hal ini bergantung kepada budaya tempat itu berada. Dalam satu kebudayaan dapat saja dikatakan feminine tetapi dalam budaya yang lain dapat saja disebut maskulin.
Tetapi penggabungan antara dua sifat maskulin dan feminin inilah yang disebut sebagai androgin. Tidak menjadi masalah seorang perempuan memiliki sifat maskulin atau seorang lelaki bersifat feminis. Gambaran feminine dan maskuliniti ini menjadi tempat untuk menggambarkan lelaki dan wanita. Sehingga jika ada atau pola yang ada maka dianggap sebagai perilaku yang menyimpang oleh mastarakat. Hal ini juga menjadi salah satu penyebab mengapa ramai orang yang berada pada garis androgini tidak menampakkan diri.
Perbezaan yang sangat jelas antara maskulin dan feminis dapat dilihat pada
kedua jadual berikut.
Dimensi antara masculinity dan feminity dalam societal culture:
Masculine pole Feminine pole
Earnings Managers
Recognition Cooperation
Advancement Living area
Challenge Employment security
(hofstede, 2005: 119)
Hal yang serupa juga telah didefinisikan oleh Archer dan Lloyrd:
Lelaki Wanita
Bertindak sebagai pemimpin Penuh kasih sayang
Agresif Emosional
Ambisius Feminine
Tegas Lembut
Kompetitif Menyukai anak- anak
Dominan Halus
Kuat Faham
Pandai berolahraga Hangat
Independent
Ramai
Mudah membuat keputusan
Maskulin
Tidak mudah tergugah
Percaya diri
(Synnott, 2003: 129)
Stereotaip lelaki dan wanita digambarkan mempunyai jurang yang jelas dan selalu dibandingkan dengan wanita lemah, perasaan emosi yang tidak kuat ketika membuat sesuatu keputusan, sedangkan lelaki digambarkan lebih kuat, dilarang untuk menangis, dan membuat keputusan dengan menggunakan logik dan akal. Pola ini masih dipegang kukuh oleh masyarakat untuk menggambarkan perbezaan gender.
Jelasnya maskulin dan feminis tidak mengalami perbezaan teknologi yang ketara kerana masih banyak lagi yang mengekalkan budaya yang sama walaupun zaman sudah sejajar dengan teknologi moden pada masa kini.
Posted by Bikini Vs Swimtrunk Weblog at 11:29 AM 0 comments
Teknologi. Gender and Website
Internet adalah salah satu new media yang sedang hangat mebangun setiap saat di dunia,
termasuk negara kita Malaysia. Jumlah pengguna internet di Malaysia tidak
dapat dikategorikan banyak, tetapi cukup untuk membuat komuniti- komuniti yang berbeza. Baik itu untuk kaum feminism, maskulin, atau bahkan androgin.
Saat ini Internet menjadi sarana menarik untuk setiap gender
memiliki komunitinya. Ini terbukti dari adanya website untuk segmentasi
setiap gender. Selain sifatnya yang anonim juga dapat diakses oleh banyak
orang. Ini membuat internet sebagai salah satu media pilihan yang paling
digemari. Cyber- cyber yang ada juga menggambarkan khas gender‐nya. Hal
ini dilakukan agar dapat menarik dan memenuhi keinginan para penggunanya. Walaupun kadang banyak hal yang dipaksakan ada dan tidak
diperlukan oleh gendernya. Bukan hanya itu, masalah gender di cyber yang
memiliki kategori tersebut, mencampur-adukkan antara gender dan
seksualisasi. Perbandingan wanita dan lelaki pengguna internet juga hampir
seimbang.
Misalnya untuk gender maskulin, cyberman. Dalam cyber ini
Membincangkan pilihan kaum lelaki akan berbagai hal, misalkan health, sex,
hobbies, style, gadget, racing world, automotive tips, drinks,
forum. Hal ini menggambarkan kemaskulinan maka warna dominan untuk home website ini adalah biru. Hal‐hal yang
menjadi gambar juga merupakan hal‐hal yang menggambarkan lelaki. Sesuai dengan stereotype seksualisasi lelaki yang dikatakan kuat dan gagah. Tetapi dalam cyber ini juga mengakomodasi
keperluan pria yang androgin bukan hanya maskulin. Hal ini terbukti dengan
adanya artikel‐artikel yang juga memuat fashion untuk para lelaki dan cara
diet yang benar.
Begitu juga dengan gender feminine, cyberwoman. Hal yang menjadi
topik pun merupakan hal yang mencerminkan sifat dan hal yang menjadi pilihan kaum feminine. Fashion, health, beauty, career, cooking, mother & baby, love, balita, celebs & kids, smart woman, your tips, forum. Dengan disain merah muda dan menarik dengan gambar‐gambar yang mengarah ke visual perempuan. Sesuai dengan stereotype seksualitas wanita. Tetapi ada beberapa artikel‐artikel yang mendukung bahwa bukan hanya penuh dengan feminitas saja, cara memotivasi orang dan keluarga, cara perempuan bekerja dan sebagai pengambilan keputusan dalam keluarga juga dibahas.
Dapat dilihat disini, walaupun cyber tersebut memiliki kategori yang jelas mana yang feminindan mana yang maskulin, tetap saja sisi androgin tetap muncul. Hal ini menunjukan bahawa sebenarnya tidak ada manusia yang benar‐benar feminin dan benar‐benar feminine.Content yang dimuat oleh website homoseksual lebih bervariasi, bahkan memuat beberapa sisi dari maskulin dan feminin. Ini membuktikan bawa pembuat web ini berusaha mengutamakan apa yang menjadi sifat dan
kepentingan dari kaum homoseksual ini. Adanya boyz album dapat menggambarkan bahwa androgin lebih terbuka dalam menjalin hubungan. Karena disini berisi identitas pribadi bahkan sampai foto dapat ditampilkan. Hal ini disebabkan komunitas kaum homoseksual sangat terbatas. Dan dengan melihat content yang ditawarkan dalam website boyzforum ini terkesan banyak konten yang mengarah ke seksualitas. Foto‐foto iklan yang dipasang juga tampak lebih vulgar dibandingkan dengan cyberman dan cyberwoman. Kata‐kata yang digunakan dalam forum juga terkesan lebih terbuka dan dibincangkan dibandingkan cyberwoman dan cyberman.
Bahkan untuk kaum gay dan lesbian mereka memiliki website khusus untuk
peristiwa yang mengatur tempat pertemuan‐pertemuan kaum homoseksual. Mereka menyiapkan hotel‐hotel khusus untuk tempat tinggal para gay dan lesbian. Hal ini jarang terjadi pada kaum feminine maupun maskulin.
Sifat keterbukaan mereka terhadap kalangan sendiri masih sangat rendah. Di dalam boyzforum dimulai dengan halaman warna dasar biru dan cream, dapat dilihat bahwa sifat maskulinitis tetap dipertahankan kerana mojoriti anggotanya adalah lelaki. Tetapi mereka tetap tidak mengabaikan faktor feminis didalamnya. Kerana disini juga mengakomodir sisi adrogin. Pasangan dalam dunia homoseksual ada yang memiliki sifat maskulin ada pula yang memiliki sifat feminine. Hal ini yang menyebabkan kedua pola gender ini juga dimuat dalam boyzforum. Misalkan boyz gathering dimana gathering dapat diertikan kumpul‐kumpul yang biasanya menjadi stereotype untuk wanita.
Boyzstyle yang lebih banyak menampilkan cara berpenampilan ala maskulin. Sebagai contoh di Indonesia lebih dominan untuk gay website yang muncul dibandingkan
lesbin. Sikap tertutup dari lesbian ini juga berdampak pada pembuatan website untuk komuniti homoseksual. Pembuatan web ini juga memiliki pengaruh terhadap orintasi seksual, identitas gender, perilaku seksual, dan identitas diri. Maka dari itu isi dari cyber untuk homoseksual lebih berbaur pada perilaku seks. Keterbatasan jumlah komunitas homoseksual membuat media ini menjadi wadah untuk berbagi dan mencari pasangan. Ini juga merupakan dampak dari kurang diterimanya kaum homoseksual di masyarakat.
Perbezaan halnya dengan website maskulin dan feminis. Mereka lebih berani menyampaikan dan menggambarkan ke maskulinan dan ke feminin dalam webnya. Itupun dengan pola yang sudah diterima oleh masyarakat. Misalnya lelaki lebih menyukai olah raga, maka di salah satu item cyberman ada racing world. Perempuan memiliki sifat suka anak‐anak, maka di cyberwoman dimuat di mother & baby, balita, celebs & kids. Homoseksual memuat antara feminitas dan maskulinitas. Tetapi didalam itu semua gender androgin nampak didalamnya sebagai tanda bahawa tidak ada manusia yang berada dalam satu blog gender dan tidak bercampur dengan blog gender
yang lain.
Posted by Bikini Vs Swimtrunk Weblog at 10:29 AM 1 comments
Monday, September 8, 2008
Pengenalan Gender dan Pembangunan Teknologi
Gender merupakan konsep yang sangat berbeda dengan sex (jenis kelamin). Pembedaan laki-laki dan perempuan berdasarkan jenis kelamin hanya menunjuk pada perbedaan biologis semata. Perbedaan secara biologis ini tidak dapat memasukkan dinamika sosial budaya yang sangat bervariasi antar struktur sosial masyarakat. Konsep gender berusaha menjawab hal ini. Gender merupakan pembedaan laki-laki dan perempuan sebagai hasil konstruksi sosial yang membentuk identitas laki-laki dan perempuan serta pola perilaku dan kegiatan yang menyertainya. Pengertian gender ini memberikan ruang yang sangat dominan terhadap dinamika sosial budaya masyarakat untuk turut mempengaruhi pembedaan peran laki-laki dan perempuan.
Sebagai hasil konstruksi sosial budaya, gender menjadi konsep yang dinamis antara ruang dan waktu. Penelitian sejarah telah membuktikan bahwa konstruksi sosial gender sepanjang waktu berubah-ubah. Terkadang hampir tanpa terasa dinamikanya, namun di lain waktu menjadi isu yang sangat menarik untuk diperdebatkan. Gender juga dapat menjadi komoditas politik, pengalaman sejarah menunjukkan pemerintah kolonial, pengabar Injil berkulit putih serta pengusaha telah membawa konsep gender dari struktur sosial mereka dan mencoba mengintroduksikannya pada masyarakat pribumi. Kegiatan ini menyebabkan dampak yang merusak bagi posisi dan kedudukan kaum perempuan pribumi yang berujung pada hilangnya hak, akses terhadap pekerjaan, kedudukan dan pengambilan keputusan di lingkungan negara maupun keluarga. Terkadang, penguasa kolonial juga menggunakan konsep gender untuk kepentingan ekonomi mereka, semisal untuk mempertahankan akses mereka terhadap tenaga kerja perempuan.
Perbedaan peran antara laki-laki dan perempuan dianggap sebagai konsekuensi wajar dari perbedaan biologis. Secara biologis, laki-laki dan perempuan memang berbeda. Untuk merubah perilaku sebagai akibat perbedaan biologis ini merupakan suatu hal yang tidak mungkin. Perkembangan hasil-hasil penelitian ilmu sosial menunjukkan bahwa laki-laki dan perempuan berbeda tidak hanya sekedar akibat dari perbedaan biologis antara keduanya. Namun lebih dari itu, proses sosial dan budaya telah turut mempertajam perbedaan antara laki-laki dan perempuan.
Pembahasan mengenai gender, melahirkan tiga teori yaitu :
1. Teori Nurture
Menurut teori ini perbedaan laki-laki dan perempuan pada hakekatnya adalah hasil konstruksi sosial budaya sehingga menghasilkan peran dan tugas yang berbeda. Konstruksi sosial budaya selama ini menempatkan perempuan dan laki-laki dalam kelas yang berbeda. Laki-laki selalu lebih superior dibandingkan perempuan. Perjuangan untuk persamaan dipelopori oleh kaum feminis internasional yang cenderung mengejar persamaan dengan konsep sama rata, konsep ini kemudian dikenal dengan istilah perfect equality. Perjuangan tersebut sulit tercapai karena berbagai hambatan dari nilai agama dan budaya.
2. Teori Nature
Menurut teori nature, perbedaan laki-laki dan perempuan adalah kodrat yang harus diterima. Perbedaan biologis memberikan dampak berupa perbedaan peran dan tugas diantara keduanya. tedapat peran dan tugas yang dapat dipertukarkan, tetapi ada pula yang tidak dapat dipertukarkan karena memang berbeda secara kodrat alamiah. Perjuangan kelas tidak akan pernah mencapai hasil yang memuaskan, karena manusia memerlukan kerjasama dan kemitraan secara struktural dan fungsional. Dalam kehidupan sosial terdapat pembagian tugas sehingga teori ini melahirkan pemikiran struktural fungsional yang menerima perbedaan peran asal dilakukan secara demokratis dan dilandasi oleh kesepakatan bersama.
3. Teori Keseimbangan
Posted by Bikini Vs Swimtrunk Weblog at 2:53 PM 0 comments